Ringkasan Kenali Ashraf Aswadi (Celik Wang Dari Meja Belajar)
Siapa Kata Nak Berjaya Dalam Pelajaran & Bisnes pada masa sama itu Mustahil?
Setiap petang di surau asrama sekolah , sebelum masuk Maghrib ,pasti saya berdoa sambil menangis , “Ya Allah , Engkau panjangkanlah umur ibuku dan jauhilah dia dari segala penyakit yang merbahaya dan malapetaka yang memberhaya”. Dalam hati saya yakin doa saya (anak yatim) pasti dimakbulkan Allah, Sejak Itu doa saya tidak pernah lekang dalam solat . Inilah hikmah juga ujian buat kami 4 beranak, yang mana ketika itu saya baru sahaja lepas menerima keputusan UPSR juga pada masa sama untuk tahun itu merupakan tahun terakhir saya merasa kasih seorang abah yang juga seorang (juruteknik TNB sahaja) yang mati lemas secara mengejut. Semuanya berubah jadi gelap gelita dalam sekelip mata sahaja. Sehinggakan mak ambil keputusan untuk kerja semula sebagai ‘Cleaner’ daripada sebelum ini suri rumah sepanjang masa untuk suami. Adik saya yang naif kecil ini merasa malu dan segan dengan rakan sekelasnya. Kerana dia masih lagi di darjah dua, tidak mengerti apa-apa. Sungguh besar pengorbanan mak saya yang buatkan saya mengambil keputusan luarbiasa untuk melibatkan diri dalam dunia bisnes secara serius dan mencari elmu kewangan supaya satu hari nanti pasti dan akan saya temani dan membalas segala jasa dan pengorbanan mak pada kami 3 beradik..